Anak raja mencari ikan
Dapat kelah di tepi lata
Selamat datang kami ucapkan...
Awal Bismillah.. pembuka bicara.
Akhir Disember 2010 aku terima surat pertukaran ke sekolah baru... Kali ini jauh di pedalaman Hulu Besut. Sekolah menengah paling hujung ke pedalaman Hulu Besut. Agak berat rasanya aku melangkah untuk mendaftarkan diri di sekolah baru itu..Aku sebenarnya sudah terlalu selesa untuk bertugas di sekolah lama, SMK Tok Dor. Atas nasihat keluarga, aku gagahkan juga semangat untuk bertugas di tempat baru. Kadang-kadang terlintas juga dalam benak aku, kalaulah aku ni jenis kaya raya, lama dah aku letak jawatan, benci dengan karenah pegawai di PPD. Ikut suka jer nak hantar guru-guru bertugas di mana-mana. Macamlah PPD tu hak bapak dia punya... Aku selalu jadi mangsa pertukaran. Khususnya untuk membuka program baru di sekolah baru... Bila kita dah selesa dengan keadaan sekeliling, dah banyak kemudahan, dah boleh buat itu dan ini, aku ditukar ke tempat baru. Yang paling aku sakit hati, segala mural dan tulisan yang aku buat di dinding sekolah lama, ada pulak 'malaun' yang menulis nama dia di atas mural yang aku buat dengan tangan aku ni...Geram aku...Tapi tak apalah, aku dah tua dalam dunia pendidikan ni. Pernah dapat dua kali APC! Alhamdulillah....
Awal 2011, Aku tiba juga di SMK Bukit Payong. Aku rasa inilah sekolah terakhir aku...Aku dilantik sebagai penyelaras PPKI yang baru ditubuhkan, Ada 18 pelajar dan dua orang guru termasuk aku... Aduh pening juga kepala dibuatnya. Peralatan tak ada, hanya sebuah bilik darjah kosong... Namun, itulah yang orang panggil 'CIKGU'. Cikgu, boleh bergerak dalam semua keadaan, Jatuh ke laut, akan jadi pulau, Jatuh ke darat akan jadi gunung...Aku tahu, aku adalah banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt. Aku tidak akan lapar walau pun di mana aku dihantar. Akhirnya, timbul dalam hati aku, sebagai hadiah untuk aku pencen nanti, aku akan buat sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Tidak salah jika aku berhasrat untuk menjadikan PPKI SMK Bukit Payong ini sebuah program yang terbilang dalam negeri Terengganu di suatu hari nanti walaupun ianya jauh di pedalaman...InsyaAllah..
tahniah, cikgu tetap cikgu walau dimana berada.
ReplyDelete