Sunday, August 14, 2011

Aktiviti Bulan April

· 6 April 2011 - Hadir Mesyuarat Perlaksanaan Program Perkampungan Memasyarakatkan Murid Berasaskan Masjid di Bilik Mesyuarat Alamanda JPNT - Prog akan berlangsung pada 26 - 28 Apr ( 2 pelajar terlibat )

· 20 April 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Bersama Pentadbir SMKBP

Aktiviti Bulan Mac



· 3 Mac 2011 - Jemputan acara 100 m perempuan sempena Kejohanan Olahraga Daerah Besut 2011 di Padang SMK Nasiruddin Shah : Aisah bt Pauzi

· 7 - 10 Mac 2011 Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Johor dan Melaka anjuran SMK Putra. - 6 pelajar bersama Guru Penyelaras.

· 31 Mac 2011 - Menyertai Kem Bestari Solat di Dewan Mercu SKMBP.

Aktiviti Bulan Februari

· 22 Feb 2011 - Mesyuarat Guru Penyelaras Peringkat Daeraha Besut Kali Ke-2 di SMK Nur Zahirah

· 24 Feb 2011 - Menyertai perarakan sambutan maulidurrasul peringkat sekolah.

28 Feb 2011 - Menyertai Kursus Penanaman Sayur anjuran Panitia Sains Pertanian SMKBP

Aktiviti Bulan Januari

· 17 Jan 2011 - Mesy Pengurusan Pend Khas Daerah Besut di PPD, Kg Raja

· Mesyuarat Jatawatankuasa Pendidikan Khas bersama Pentadbir SMK Bukit

Payong.

· 20 Jan 2011 - Sertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

· 23 Jan 2011 Maj Temumurni & Penubuhan Maj Permuafakatan Pend Khas 2011

· 27 Jan 2011– Guru Penyelaras hadir bersama pengerusi Pkt Sekolah ke Majlis

Permuafakatan Peringkat Negeri di SK Pend Khas, Kuala Terengganu.

JAWATANKUASA PENGURUSAN PPKI SMK Bukit Payong 2011




PENGERUSI

Pn Hjh Hamidah bt Muhamad

(Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI

Pn Hjh Hasniah bt Hj Abas

(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1(GPK Hal Ehwal Murid)

En Hassan Basri bin Jaafar

NAIB PENGERUSI 11 (GPK Ko Kurikulum)

En Ismail bin Idris

SETIAUSAHA (Guru Penyelaras)

C Harun Kamariah b Abdullah

AHLI JAWATANKUASA(Guru PPKI)

Cik Nor Fadzlina Ahmad Razali

Tahun Pembukaan PPKI


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah ini mula ditubuhkan pada 3 Januari 2011. Pendaftaran awal seramai 18 orang pelajar 12 (L), 6 (P) sebagai perintis bersama 2 orang tenaga guru terlatih.




OBJEKTIF PENUBUHAN

· Menyediakan peluang atau hak sama rata dalam bidang pendidikan bagi pelajar bermasalah pembelajaran setelah tamat di sekolah rendah sekitar (SK Seri Payong & SK Panchor)

· Menyediakan persekitaran senormal mungkin agar dapat memenuhi keperluan pendidikan bagi pelajar dalam kategori ini.

· Mendedahkan pelajar ini dalam semua aspek kehidupan bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh

· Menyediakan peluang bagi pelajar ini membuktikan kebolehan dan kemahiran mereka adalah setanding dengan rakan mereka yang normal

· Melatih dan membolehkan mereka hidup berdikari

· Memberi peluang bersosialisasi dengan pelajar normal dalam konteks bermasyarakat

· Mengalih perhatian & tanggungjawab keluarga dan masyarakat terhadap diri mereka

Monday, August 8, 2011

selamat datang



Anak raja mencari ikan
Dapat kelah di tepi lata
Selamat datang kami ucapkan...
Awal Bismillah.. pembuka bicara.

Akhir Disember 2010 aku terima surat pertukaran ke sekolah baru... Kali ini jauh di pedalaman Hulu Besut. Sekolah menengah paling hujung ke pedalaman Hulu Besut. Agak berat rasanya aku melangkah untuk mendaftarkan diri di sekolah baru itu..Aku sebenarnya sudah terlalu selesa untuk bertugas di sekolah lama, SMK Tok Dor. Atas nasihat keluarga, aku gagahkan juga semangat untuk bertugas di tempat baru. Kadang-kadang terlintas juga dalam benak aku, kalaulah aku ni jenis kaya raya, lama dah aku letak jawatan, benci dengan karenah pegawai di PPD. Ikut suka jer nak hantar guru-guru bertugas di mana-mana. Macamlah PPD tu hak bapak dia punya... Aku selalu jadi mangsa pertukaran. Khususnya untuk membuka program baru di sekolah baru... Bila kita dah selesa dengan keadaan sekeliling, dah banyak kemudahan, dah boleh buat itu dan ini, aku ditukar ke tempat baru. Yang paling aku sakit hati, segala mural dan tulisan yang aku buat di dinding sekolah lama, ada pulak 'malaun' yang menulis nama dia di atas mural yang aku buat dengan tangan aku ni...Geram aku...Tapi tak apalah, aku dah tua dalam dunia pendidikan ni. Pernah dapat dua kali APC! Alhamdulillah....

Awal 2011, Aku tiba juga di SMK Bukit Payong. Aku rasa inilah sekolah terakhir aku...Aku dilantik sebagai penyelaras PPKI yang baru ditubuhkan, Ada 18 pelajar dan dua orang guru termasuk aku... Aduh pening juga kepala dibuatnya. Peralatan tak ada, hanya sebuah bilik darjah kosong... Namun, itulah yang orang panggil 'CIKGU'. Cikgu, boleh bergerak dalam semua keadaan, Jatuh ke laut, akan jadi pulau, Jatuh ke darat akan jadi gunung...Aku tahu, aku adalah banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt. Aku tidak akan lapar walau pun di mana aku dihantar. Akhirnya, timbul dalam hati aku, sebagai hadiah untuk aku pencen nanti, aku akan buat sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Tidak salah jika aku berhasrat untuk menjadikan PPKI SMK Bukit Payong ini sebuah program yang terbilang dalam negeri Terengganu di suatu hari nanti walaupun ianya jauh di pedalaman...InsyaAllah..